Back

Teknologi Penanaman Jagung

User Avatar
Free
myjagung
Free

PENGENALAN

Jagung (Zea mays L) adalah daripada keluarga Gramineae yang merupakan tanaman bijirin yang berasal dari Amerika Tengah dan telah diperkenalkan di Malaysia sebagai jagung manis pada awal tahun 70-an. Secara umumnya, jagung mempunyai nilai potensi yang tinggi berbanding dengan tanaman kontan yang lain (kacang tanah, ubi kayu, ubi keladi dan tebu).

Berdasarkan rekod penanaman oleh Jabatan Pertanian Malaysia, keluasan penanaman jagung meningkat dari tahun ke tahun dengan rekod keluasan tanaman meningkat daripada 5455 ha (2004) kepada 7176 ha (2009). Nilai pengeluaran hasil juga meningkat daripada RM65 juta menjadi RM110 juta pada tahun 2004 dan 2009. Kawasan tanaman utama jagung adalah di Johor (876 ha), Selangor (542 ha) dan Pahang (350 ha) dan 75% jagung segar digunakan untuk kegunaan domestik dan selebihnya dieksport ke Singapura dan Brunei.

Di Malaysia, kebanyakan petani menggunakan biji benih jagung hibrid Taiwan dan Thailand bagi memenuhi permintaan pengguna. Kualiti jagung hibrid ini adalah lebih baik berbanding dengan jagung tempatan, tetapi harga biji benih hibrid adalah sangat mahal dan memerlukan kos penjagaan yang tinggi bagi setiap musim. Oleh itu, biji benih jagung hibrid tempatan adalah sangat diperlukan bagi mengurangkan beban petani terhadap harga biji benih hibrid yang tinggi.

OBJEKTIF

Untuk memberi penerangan dan kefahaman berkaitan teknologi penanaman jagung manis.

Course Features

  • Lectures 18
  • Quiz 0
  • Duration Lifetime access
  • Skill level All levels
  • Language Malay
  • Students 35
  • Assessments Yes