Back

Teknologi Penghasilan Kompos

User Avatar
Free
kompos
Free

PENGENALAN

Perkomposan adalah proses penguraian (pengoksidaan) sisa buangan organik kepada bahan akhir yang stabil yang boleh digunakan semula untuk tanaman. Ianya merupakan suatu proses di mana berlakunya aktiviti penguraian bahan oleh mikroorganisma dipengaruhi elemen udara, kelembapan dan nutrien substrat (bahan dikompos) yang bersesuaian.

Untuk melaksanakan sesuatu proses perkomposan, pengguna perlulah mempunyai pengetahuan terlebih dahulu mengenai faktor-faktor penting dalam proses perkomposan dan seterusnya teknik-teknik perkomposan yang betul. Anggaran masa bagi proses bermula dan siapnya kompos perlulah diketahui. Seterusnya pengguna perlu mempunyai lokasi bersesuaian bagi melaksanakan proses perkomposan, kebiasaannya adalah di kawasan sekitar ladang dan jauh dari kawasan kediaman (sekiranya kapasiti besar). Lokasi paling ideal adalah berbumbung dan di bawah teduhan. Seterusnya pengguna perlu mendapat bahan untuk dikomposkan secara secukupnya. Sekiranya di sekitar kawasan ladang atau tanaman, sisa pertanian dari kawasan sekitar boleh diperolehi secara percuma.

OBJEKTIF

Untuk memberi penerangan dan kefahaman berkaitan teknologi penghasilan kompos.

Course Features

  • Lectures 14
  • Quiz 0
  • Duration Lifetime access
  • Skill level All levels
  • Language Malay
  • Students 54
  • Assessments Yes